SD Mutiara Islam | Membangun Generasi Qurani Berprestasi |
Pada hari ini saya akan menampilkan satu sosok teladan yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Orang yang mulia ini adalah termasuk kalangan ahlul bait. Namanya Zainal Abidin (cucu dari Imam Ali bin Abi Thalib Kar.Waj)
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“ Allah itu Maha Lemah-lembut, cinta kelemah-lembutan. Diberikan kepada kelembutan apa yang tidak diberikan kepada kekerasan dan kepada selainnya “ [HR. Muslim dari Aisyah ]
” Tidaklah kelemah-lembutan itu terdapat pada sesuatu melainkan akan membuatnya indah, dan ketiadaannya dari sesuatu akan menyebabkannya menjadi buruk” [HR. Muslim ]
Inilah kisah yang pernah terjadi pada diri Imam Zainal Abidin r.a. Pada suatu hari budaknya menuangkan air minum ke gelas minumnya Imam Zainal Abidin dari teko yang terbuat dari porselin. Tiba-tiba teko itu jatuh dan mengenai kaki sang Imam hingga berdarah. Cepat-cepat pelayan itu berkata,
“ Wahai Tuan, Allah telah berfirman, “ Dan mereka itu adalah orang-orang yang mampu menahan kemarahan “
Mendengar itu beliau berkata, “Ya, saya tahan kemarahan saya.”
“ Dan ( juga ) pemaaf kepada manusia.” Kata budak itu membaca sambungan firman Allah tadi.
” Ya, saya pun telah memaafkan kamu.” Kata Imam Zainal ‘Abidin.
“ Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.” Sambung budak itu menyempurnakan bunyi firman Allah tersebut.
”Kamu saya merdekakan kerana Allah.” Kata Imam Zainal ‘Abidin.
SD Mutiara Islam Surabaya, telah memposting kembali kisah ini .